Drama adaptasi novel terbaru berjudul Meh, Sandar Pada Aku! Bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini menampilkan Mira Filzah dan Aliff Aziz sebagai teraju utama untuk menjayakan watak Afnan Tasneem dan Syed Nazhan yang dipetik daripada novel Meh, Sandar Pada Aku! Mesti ramai yang rindukan lakonan Mira Filzah yang baru sahaja menjayakan drama Cinta Si Wedding Planner dan menjadi semakin popular melalui drama tersebut.
Diharap melalui drama ini akan menaikkan lagi nama Mira Filzah dalam kalangan peminat drama Melayu. Drama ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan akan ditayangkan di TV3 untuk slot Dahlia. Orang kata tak kenal maka tak cinta.
Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak.Macam mana tu? Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan. Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya. Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal.Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed.Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya. Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin. Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang.Namun, takdir menentukan segalanya.
Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya. Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa di rawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak.
Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.